RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )




Mata pelajaran
: Bahasa Melayu

Tahun
: 3 Orked
Bilangan Murid
: 32 orang
Tema
: Pencemaran Alam Sekitar
Tajuk
: Pencemaran Udara
Tarikh
: 24 Februari 2008
Masa

Objektif
: 60 minit

: Pada akhir pelajaran murid dapat;

i.      Murid    dapat    menyatakan    tentang





pengalaman
mereka  melihat  berlakunya  pencemaran  udara  ini secara lisan.
ii.      Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku .
iii.  Murid  dapat  menulis  karangan  pendek  mengenai gejala               pencemaran   dengan    menggunakan   ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran:



1.1  Berbual  tentang  sesuatu  perkara  berkaitan  kehidupan  seharian  dengan menggunakan  kata, ungkapan, ayat,  sebutan, intonansi dan  nada  yang sesuai.
Aras  1  (i)  berbual  tentang  sesuatu  perkara  yang  dialami  den  didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2  Membina  dan  menulis  ayat  tunggal  dan  ayat  majmuk  dalam  sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat            majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.


Kemahiran Bahasa :           Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa         :           Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.

Ilmu                            :           Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai                            :           Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir  :           Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar  :           Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.  
Kecerdasan Pelbaga :        Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan 
                                              emosi.

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalama  mereka mengenai  gejala  pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina
ayat dengan menggunakan ayat mudah.

BBB                            :           Power point, buku latihan dan alat tulis.



Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran.

Set Induksi (5 minit)

i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.
ii)murid diminta untuk membezakan jenis- jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..
iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.

KB : menghubungkait, inferens
BCB: menonton dengan aktif
BBB : power point

Guru memberi teks cerita yang berkaitan dengan Pencemaran Udara melalui power point.

Langkah 1 (15 minit)

i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan
mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul.
ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point

Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.

Langkah 2 (15 minit)

i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan isi- isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan
dan pengalaman mereka.
iv)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea
BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat.
KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormat- menghormati
BBB : power point





Guru memberi
latihan kepada murid-murid.

Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan
tajuk yang diberi.

Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.
Langkah 3 (20 minit)

i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.
ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan.
iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.
KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama, menghargai,.
BBB : kertas latihan.

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

Guru juga menayakan nilai- nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penutup (5 minit)

i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan- bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka.
ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.



Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama